Batu Pahat kekal lokasi paling banyak kemalangan maut

oleh HEZERI SAMSURI|

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebanyak 547 kematian telah dilaporkan di daerah Batu Pahat dari 2015 ke 2017 - kadar kematian tertinggi untuk satu lokasi.

"Kami sedang melakukan kajian mendalam untuk mencari punca kenapa Batu Pahat mencatat angka tertinggi tersebut," ujarnya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Yamaha Balik Kampung di Seremban siang tadi.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

"Ini sangat menghairankan kerana Kuala Lumpur pun tidak mencatat jumlah kematian setinggi itu walaupun jumlah kenderaan jauh lebih banyak," terangnya.

Tambahnya lagi, jalan persekutuan Batu pahat - Ayer Hitam - Kluang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Menurut menteri itu, Selangor, Johor dan Perak ialah tiga negeri yang mempunyai jumlah kematian tertinggi.

Tiga daerah di Johor yang mempunyai kadar kematian tertinggi ialah Batu Pahat (547 kematian), diikuti dengan Johor Bahru Selatan (315) dan Kluang (296).

Di Perak, Ipoh berada di tangga teratas dengan 402 kematian, diikuti oleh Manjong (261) dan Hilir Perak (232).

Kajang menjadi kawasan paling banyak kematian jalanraya di Selangor dengan 347 kematian, diikuti oleh Klang Selatan (270) dan Kuala Selangor (260).

 

 

 

Careta berpendapat bahawa ini mungkin adalah masa yang paling tepat untuk menambah bilang kamera AWAS di lokasi-lokasi tersebut dan kajian perlu dilakukan samada ia berkesan untuk mengurangkan kadar kemalangan atau tidak.

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus…
Berita Domestik
Selain itu, katanya, ia tidak memberi motivasi syarikat penerbangan yang mungkin mengambil langkah…
Berita Domestik
  "Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa,…