Batu Bersusun dilawati Tawau Motard Club

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia hampir 27,000 tahun yang terdapat di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung, Tawau, Sabah telah menjadi satu lokasi tarikan pelancongan yang unik di Kampung Cocos di situ. Sungai Balung kini telah mula dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan bercirikan ekopelancongan di bahagian pantai timur Sabah. img-20161113-wa0067 Kawasan menarik ini telah dijadikan destinasi kembara oleh sekumpulan 18 anak muda dari Tawau Motard Club untuk melawat lokasi unik tersebut. Walaupun lokasi Batu bersusun ini hanya 21.9km dari bandar tawau, perjalanan berkonvoi mereka ke sana telah mengambil masa selama 1 jam 15 minit termasuklah melalui jalan kampung dan tidak berturap. Lawatan ke Batu Bersusun ini merupakan salah satu aktiviti kelab ini yang sering menganjurkan aktiviti tunggangan bermotosikal di sekitar Tawau, seperti Sipadan Mangrove Resort dan juga Sg Emas Resort. 20161113_102938img-20161113-wa0036 Jabatan Mineral dan Geosains (Korporat dan Ekonomi Mineral) telah mengesahkan bahawa bongkah batuan volkanik jenis 'basalt' yang tersusun rapi di tebing Sungai Balung, Tawau, itu berasal dari batu volkanik ini tidak melebihi 27,000 tahun berdasarkan usia Gunung Maria yang terdiri dari batuan volkanik "dacite" setinggi 1,082.04 meter (3,550 kaki) dan berusia 27,000 tahun. Batuan basalt itu terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu antara gunung tertinggi di Tawau yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini. Batuan volkanik ini cuma terdapat di sini sahaja, tidak di tempat-tempat lain di Sabah mahupun di seluruh Malaysia. Kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sebenarnya sudah lama diketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Bongkah batu berkenaan sebenarnya terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi. batu-sungai-1 013288104 Kawasan ini dipanggil "batu bersusun" kerana selain semua bongkah batu di sini berbentuk segi enam atau segi lima dan seragam, bongkah batu itu juga hampir kesemuanya bersaiz sama, seolah-olah disusun oleh manusia meskipun sebenarnya ia terbentuk secara semulajadi. Tarikan menarik bongkah batu volkanik berkenaan kini dijadikan salah satu produk pakej pelancongan berkonsepkan Inap Desa (Homestay) yang sedang dirancang oleh penduduk Kampung Cocos. Selain keunikan bongkah batu volkanik berkenaan, corak kehidupan dan kebudayaan suku kaum Cocos yang boleh disaksikan melalui "tarian dansa", "tarian melengok" dan "tarian samba" (seperti joget) yang dipromosikan kepada pelancong luar. img-20161113-wa0035 img_20161113_122425 img-20161113-wa0064 img-20161113-wa0036