Batik Air lancar laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta bermula 1 Oktober

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Batik Air akan melancarkan laluan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Okt ini.

Perkhidmatan baharu berkenaan akan menyediakan kemudahan lebih baik kepada pengembara perniagaan dan percutian dengan penerbangan harian dari Pulau Pinang ke Jakarta serta penerbangan pulang pada hari yang sama.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata ia adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pilihan perjalanan yang lebih mudah selain potensi besar memandangkan pada 2023 sahaja, Pulau Pinang telah menerima lebih 160,000 pelancong Indonesia.

Ketibaan pelancong melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang melibatkan lebih 40 negara tahun lepas, dengan yang tertinggi dari Indonesia iaitu 163,187 orang, diikuti Singapura (74,800 orang), Taiwan (15,602 orang) dan China (13,029 orang).

Laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta akan menggunakan pesawat Boeing 737 milik Batik Air yang menawarkan konfigurasi dua kelas.

Artikel sepenuhnya di Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Fasa Operasi Jet Interim (IJO) akan memperkenalkan semula operasi pesawat satu lorong dari…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan pengedar tunggal, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Batik Air menawarkan…
Informasi
Beliau berkata, syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh seperti mana yang dilakukan…