Bateri teknologi baharu - caj penuh dalam 3 minit dan tahan 20 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat startup, Adden Energy yang berasal dari satu projek Universiti Harvard berkata ia telah menghasilkan sebuah bateri yang mampu dicaj penuh dalam masa tiga minit dan mampu mencapai usia penggunaan selama 20 tahun.

Prototaip bateri jenis "coin-cell" itu mampu mencecah 10,000 kitaran dan syarikat itu sedang berusaha untuk menghasilkan varian komersil untuk kegunaan umum.

Adden Energy berkata bateri mereka akan mengubah lanskap kenderaan elektrik (EV) agar ia lebih praktikal dan mudah digunakan.

Menurut William Fitzhugh, CEO untuk Adden Energy, syarikat itu mahu mensasarkan produk bateri "solid-state lithium metal" itu kepada 37 peratus pengguna US yang tidak mempunyai tempat letak kereta sendiri dan tidak mampu untuk mengecaj EV mereka pada waktu malam.

Proses mengecaj selama tiga minit sahaja memungkin pemilik EV untuk pergi ke stesen mengecaj tanpa perlu menunggu lama bagi proses yang melecehkan itu.

Adden Energy menerima dana sebanyak US$5.15 juta untuk meneruskan kajian bateri itu bagi tujuan komersil. 

Ia juga sudah menerima lesen untuk teknologi unik itu dan juga telah berjaya menstabilkan bahan asas bagi menjamin keselamatan pengguna bateri lithium tersebut.

Adden Energy diasaskan dalam tahun 2021 oleh Xin Li, Fitzhugh dan Luhan Ye. Pengerusi dan juga pengasas Primavera Capital, Fred Hu juga disenaraikan sebagai pengasas Adden Energy. Primavera Capital pernah menyumbang sebanyak US$5 juta kepada Adden Energy sebagai dana permulaan.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kanada akan melabur dalam bentuk potongan cukai sehingga tahun 2032 dan juga sokongan tunai dalam…
Berita Global
Pembinaan kilang itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka beroperasi pada suku…
Berita Global
  Presiden Indonesia itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, sudah mengadakan rundingan bersama…