Bateri LG Ensol pada Renault Zoe masih bertahan setelah 10 tahun

oleh Penyumbang Rencana|
Renault Zoe merupakan sebuah EV dihasilkan semenjak tahun 2012 sehingga kini, 10 tahun berada di pasaran merupakan tempoh yang lama untuk sesebuah model, terutama sekali EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Zoe generasi pertama dilengkapi dengan bateri litium-ion 22 kWj LG Energy Solution, generasi pertama dihasilkan bermula tahun 2012 hingga 2016. Generasi kedua pula dihasilkan bermula tahun 2019 hingga 2019 dilengkapi bateri 41kWj dan generasi ketiga dihasilkan bermula 2020 hingga kini dengan bateri 52 kWj.

Renault Perancis baru-baru ini mengumumkan melalui satu kajian mengatakan lebih 99% daripada semua bateri pada Zoe yang dihasilkan semenjak 10 tahun lalu masih mengekalkan sekurang-kurangnya 70% kapasiti asal. Ianya hasil penggunaan bateri dari produk LG Energy Solution yang dibina eksklusif untuk model Zoe.

Waranti bateri untuk Renault Zoe ialah 8 tahun atau 160,000 km dimana prestasi jangka hayatnya yang panjang setakat ini menepati spesifikasi tempoh jaminan bateri.

 

Zoe battery

 

Melalui kerjasama dengan Renault, LG Energy Solution menghasilkan kaedah ramalan jangka hayat bateri seperti prestasi pelepasan dan pengecasan. Kaedah ini dapat meramalkan jangka hayat bateri yang kompleks berdasarkan keputusan hayat kitaran nyahcas dan hayat penyimpanan.

Melalui data analisis sel bateri, reka bentuk sistem pengurusan bateri (BMS) berfungsi mengawal operasi bateri telah dioptimumkan untuk meningkatkan kecekapan operasi.

Selain itu, ia turut direka bagi membolehkan membolehkan kawalan dan pengurusan seragam, seperti penyejukan, bersama pemisah bertetulang keselamatan (SRS), yang dipatenkan oleh LG Energy Solution.

Salah seorang pegawai Renault berkata, "Sejak Zoe dijual bermula 2013, hanya beberapa unit sahaja yang telah menggantikan bateri. Di Jerman, peratusan penggantian bateri untuk Zoe yang diedarkan di negara ini adalah kurang daripada 1%" .

Sumber: Korea IT News

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, hayat Zoe nampaknya tidak begitu bertahan lama apabila Renault dilapor membuat keputusan…
Model Terbaharu
Untuk rakyat Malaysia yang berminat, pendaftaran minat kini telah pun dibuka atau boleh berkunjung…
Berita Domestik
Bergantung kepada spesifikasi, Renault Zoe yang dibawa masuk untuk pasaran tempatan ini boleh…