Bateri generasi baharu BMW mampu capai jarak gerak 1,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
BMW bakal memperkenalkan generasi baharu bateri kenderaan elektrik yang mampu meningkatkan jarak operasi EV kepada 1,000 km untuk sekali cas penuh.

Era baharu dalam sejarah BMW itu bakal dibuka pada tahun 2025 menerusi ketibaan platform baharu Neue Klasse yang akan menjadi asas kepada beberapa buah model baharu termasuk kenderaan elektrik.

Platform ini akan menampilkan penggunaan sel berbentuk silinder yang menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh berbanding sel prismatik rata yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar pada ketika ini.

Menurut ketua unit Efficient Dynamics BMW Thomas Albrecht memberitahu Autocar, "bateri Gen6 akan menawarkan 30 peratus jarak lebih jauh berbanding bateri Gen5 yang digunakan pada masa ini.
 

BMW


"Namun, kami tidak akan menawarkan EV dengan jarak mencecah 1,000 km walaupun kami mampu. Kami tidak fikir pemanduan jarak jauh adalah satu keperluan.

Sel bateri baharu berbentuk silinder Gen6 BMW akan diperoleh daripada CATL dan EVE, dengan ukuran diameter 46 mm dan ketinggian 95 mm atau 120 mm bergantung kepada aplikasi.

Selain meningkatkan jarak pemanduan, sel bateri baharu ini juga mampu mengurangkan berat sekitar 10-20 peratus berbanding bateri dengan kapasiti yang sama.
 

IX


BMW merancang untuk membangunkan tidak kurang daripada enam loji bateri di Kanada, China, Eropah, Mexico dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan sel bateri baharu itu.

Mereka juga menjangkakan sel baharu ini mampu mengurangkan kos produksi sebanyak 50 peratus. Bateri generasi baharu ini bukan sahaja akan digunakan oleh kenderaan elektrik BMW, malah akan turut digunakan pada model Rolls-Royce dan juga Mini.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Juniper juga mendapati hanya lima peratus dari responden yang dihubungi di kedua-dua negara itu…
Berita Global
Adden Energy berkata bateri mereka akan mengubah lanskap kenderaan elektrik (EV) agar ia lebih…
Berita Global
Rentetan dengan itu, kenderaan elektrik (EV) buatan Indonesia juga dapat dihasilkan di negara ini…