Bateri EV buatan Indonesia dijangka siap 2024

oleh Penyumbang Rencana 2|
Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo) menyatakan bahawa Indonesia bakal mengeluarkan bateri kereta buatan negara itu sendiri menjelang 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rentetan dengan itu, kenderaan elektrik (EV) buatan Indonesia juga dapat dihasilkan di negara ini dengan segera.

Menurut Kukuh Kumara, Setiausaha Umum Gaikindo, pembinaan kilang bateri tersebut sudah dijalankan sejak tahun 2021 dan dijangkakan siap sepenuhnya pada awal tahun 2024.

"Mengikut perkiraan pada 2024, pengeluaran bateri buatan Indonesia sudah boleh digunakan pada kenderaan buatan Indonesia," kata kukuh. 

Dia berkata, "sepatutnya kita jangan hanya melihat dan mengagumi kenderaan EV yang diimport dari luar negara dari sahaja. Sebaliknya ia perlu dicipta oleh buatan tempatan kerana Indonesia merupakan negara yang mempunyai sumber utama dalam penghasilan kenderaan EV iaitu bateri. Menjadi kepentingan untuk Indonesia menekankan barang (komponen) buatan tempatan."

Bagaimanapun Kukuh masih tidak menyatakan siapakah pihak yang akan mengendalikan produk bateri tersebut.

Untuk makluman, Indonesia merupakan negara yang sudah mempunyai kilang sel bateri yang dibangunkan oleh Hyundai Motor Group bersama LG Energy Solution di Karawang, Jawa Barat.

Bateri tersebut dikhususkan untuk kegunaan pada kenderaan Hyudai dan Kia sahaja di bawah Electric-Global Modular Platform (E-GMP).

Penulis: IZRA

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…