Batch pertama kit motor elektrik Eluminator Ford Performance habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira seminggu yang lalu, Ford Performance mendedahkan secara rasmi sebuah trak pikap F-100 1978 yang menampilkan kit motor elektrik Eluminator.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi model ini, Ford mahu mendedahkan kepada umum potensi yang ada pada kit motor elektrik tersebut yang boleh dipadankan pada apa jua genre kenderaan - klasik, moden, kereta penumpang, kereta sports dan macam-macam lagi.

Lebih menarik, tidak sampai seminggu kumpulan pertama kit Eluminator itu telah pun habis terjual!

Namun usah risau kerana Ford Performance akan terus menawarkan kit tersebut kepada pihak yang berminat untuk menjalankan projek restomod menggunakan trenkuasa elektrik.
 

F-100


Sebagai makluman, kit Eluminator memiliki kuasa output setinggi 281 kuasa kuda dan 429 Nm, dan anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan konfigurasi pacuan dua roda (motor elektrik tunggal) ataupun pacuan semua roda (motor elektrik berkembar).

Dalam contoh Ford F-100 yang dipamerkan sebelum ini, ia didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 480 kuasa kuda dan 860 Nm.

Harga untuk sebuah kit Eluminator bermula dari $3,900 (RM16,224) TIDAK termasuk dengan komponen seperti inverter, sistem kawalan dan juga pek bateri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, bertempat di acara SEMA yang sedang berlangsung, Ford memperlihatkan sebuah projek konsep…
Berita Global
Ford Performance yang sebelum ini pernah menawarkan enjin crate bakal hadir dengan penawaran yang…