Pelancaran itu turut dihadiri wakil Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Ir. Razali Kassim selaku EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

16 Laluan Libatkan Dua PBT
Pelaksanaan SBST di Kuantan melibatkan sebanyak 16 laluan bas yang merangkumi dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Kuantan serta Majlis Daerah Pekan. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah memperkukuh sistem pengangkutan awam luar Lembah Klang dengan perkhidmatan lebih tersusun dan moden.
55 Bas Baharu Dengan Kemudahan Moden
Perkhidmatan BAS.MY Kuantan menggunakan 55 buah bas berwarna merah jambu ceria yang terdiri daripada 22 bas midi dan 33 bas mini. Kesemua bas dilengkapi kemudahan penghawa dingin, sistem GPS, mesin tiket elektronik serta kamera CCTV bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang.

Sokong Pembayaran Tanpa Tunai Dan Pas 30 Hari
BAS.MY Kuantan turut memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan kad debit, kad kredit serta e-dompet melalui kod QR. Selain itu, pengguna boleh mendapatkan Kad 30 Hari BAS.MY bernilai RM30 untuk perjalanan tanpa had.
Tambang percuma pula disediakan kepada golongan Orang Kurang Upaya, warga emas, pelajar sekolah dan siswa melalui Kad Konsesi BAS.MY sebagai usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Aplikasi Perancang Perjalanan Lebih Efisien
Pengguna juga boleh memanfaatkan aplikasi perancang perjalanan yang menyediakan maklumat perkhidmatan secara masa nyata serta membantu merancang perjalanan dengan lebih mudah dan efisien.
Pelaksanaan SBST ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa sistem pengangkutan awam negara, khususnya di kawasan luar Lembah Klang, dengan sasaran meningkatkan mobiliti rakyat serta kesejahteraan pengguna melalui perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra penumpang.