Basikal trek Lotus - direka oleh bukan geng basikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Lotus Engineering, unit kejuruteraan Lotus yang menghasilkan pelbagai produk menggunakan teknologi automotif telah menghasilkan sebuah basikal trek yang mempunyai ciri-ciri aerodinamik terbaik.

Hope, nama basikal trek hasil rekaan Lotus itu dipamerkan di Goodwood Festival of Speed bersama dengan Lotus Emira.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ketua pakar aerodinamik Lotus, Richard Hill, basikal canggih itu direka oleh mereka yang memang bukan perekabentuk basikal.

"Ini sebenarnya menguntungkan kerana ia membuatkan kami berfikir luar dari kotak. 

"Kami tidak terikat dengan rekabentuk tradisi basikal dan membolehkan kami memaksikmakan rekabentuk basikal agar mencapai kadar aerodinamik yang lebih baik," ujarnya.

 

 

"Itu sebenarnya cara kami di Lotus menangani mana-mana projek untuk pelanggan kami," sambung Hill lagi.

Contoh terbaik ialah rekabentuk Hope yang menunjukan sepit udang dan kerangka belakang yang lebih lebar dari basikal biasa.

Puncanya ialah kedua-dua komponen itu betul-betul berada di hadapan dan belakang lutut penunggang basikal, membantu mengalirkan udara "keluar" dari anggota badan tersebut.

Lotus juga menghasilkan dua rekabentuk palang hendal basikal itu untuk perlumbaan "Sprint" dan "Pursuit".

Kedua-dua komponen itu akan menggunakan bahan-bahan titanium, aluminium dan gentian karbon. Untuk titanium dan aluminium, kaedah pembinaan ialah menggunakan cetakan 3D.

Hasilnya, palang hendal yang jauh lebih ringan, lebih tegap dan memberikan tindakbalas yang lebih meyakinkan untuk pelumba yang menggunakannya.

Rakan teknologi untuk projek Hope ini ialah Renishaw, yang membekalkan kerangka, roda dan kejuruteraan basikal trek.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…