Basikal tanpa loceng boleh disaman?

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak isu mikromobiliti timbul, ramai kembali membangkitkan semula isu basikal lajak dan juga basikal secara keseluruhan. Ramai juga yang terlupa sebagai sebuah kenderaan, ia perlu menurut undang-undang yang wujud untuk pengangkutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut artikel dari Malaysiakini, basikal juga sebenarnya termaktub dengan undang-undang menurut Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan antaranya ialah:

Kaedah 11
Kanak-kanak yang tidak meletakkan kaki di pedal ketika mengayuh (bermakna, aksi Superman oleh penunggang basikal lajak memang diharamkan).

Kaedah 35(2)
Penunggang basikal tidak mempunyai lampu bila mengayuh di waktu malam.

Kaedah 35(3)
Penunggang basikal tidak mempunyai lampu merah di belakang ketika mengayuh di waktu malam.

Kaedah 42(1)(A)
Basikal tidak mempunyai brek yang lengkap.

Kaedah 42(1)(A)
Basikal tidak mempunyai loceng yang berfungsi.

Kaedah 42(1)(B)
Menggunakan basikal selain dari cara yang sepatutnya.

Kaedah 42(1)(D)
Kedua-dua tangan tidak memegang hendal ketika mengayuh.

Kaedah 42(3)
Berlumba ketika mengayuh.

Selain dari itu, Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1987 (Akta 333) mengharamkan aktviti berbasikal secara merbahaya di jalanraya awam.

Akta itu diubah pada Ogos 2020 dengan terma kenderaan mikromobiliti ditambah untuk menggantikan perkataan "basikal, basikal roda tiga dan basikal elektrik".

Terma kenderaan mikromobiliti sekarang ialah "mana-mana kenderaan yang dipacu menggunakan tenaga elektrik, enjin pembakaran dalaman atau kombinasi elektrikal, enjin pembakaran dalaman atau tenaga manusia, dengan kelajuan maksimum 50 kmsj."

 

 

Mereka yang melanggar undang-undang pula boleh disaman maksimum RM5,000.

Antara undang-undangnya ialah:

Seksyen 79(2)
Gagal atau mengabaikan isyarat lalulintas (contohnya, larangan basikal dari masuk ke lebuhraya). Pesalah boleh disaman tidak melebihi RM5,000.

Seksyen 112(3)
Pegawai polis atau warden lalulintas boleh menahan mana-mana basikal atau basikal roda tiga yang dianggap telah melakukan kesalahan pada pandangan beliau.

Apa pendapat anda tentang undang-undang kenderaan mobiliti terkini Malaysia? Kongsikan kepada kami di Facebook atau Instagram Careta!

*Sumber berita dari Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…