Basikal lajak: Ibu bapa boleh didenda penjara lima tahun atau RM20,000

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Berbasikal adalah hobi yang cukup digemari pelbagai peringkat usia. Malah aktiviti berbasikal juga bagus untuk kesihatan.


Namun beberapa tahun lalu, kanak-kanak dan remaja terlalu 'kreatif' sehingga terciptanya basikal lajak yang menjadi fenomena yang tidak sepatutnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Public Health Malaysia, basikal yang telah melalui pelbagai modifikasi itu sangat bahaya kepada kanak-kanak termasuk lapan faktor ini;

 

1. Kedudukan kerusi yang tidak ergonomik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

 

2. Terdedah kepada risiko kecederaan otot dan tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi manakala badan perlu membongkok pada jangka masa yang lama.

3. Boleh menyebabkan kecederaan lutut atau koyak lutut kerana keadaan basikal rendah serta kedudukan membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi.

 

 

4. Kecederaan pada tangan dan badan susulan getaran daripada basikal yang diubah suai.

 

5. Basikal kecil tidak sesuai dengan badan.

 

6. Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai topi keledar.

 

 

7. Basikal lajak diubah suai dengan membuang sistem brek. Ini bakal mengundang risiko kemalangan.

 

8. Tiada loceng untuk menarik perhatian ketika berlaku kecemasan.

 

Justeru, sebagai anggota masyarakat kita perlu mencegah dan mengwasi remaja dan kanak-kanak agar tidak mengubah basikal mereka kepada basikal lajak.

 

Dalam pada itu Jabatan Keselamatan Jalan Raya berkongsi info grafik yang menyatakan ibu bapa boleh didenda penjara lima tahun atau RM20,000 sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

 

Justeru, awasi dan pantau aktiviti anak-anak anda kerana bukan sahaja ia boleh mengakibatkan anda dipenjara tetapi boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!!!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng…
Berita Domestik
  "Pertama, saya menghormati sistem kehakiman. Biar sistem kehakiman berjalan. Jadi tak elok…
Berita Domestik
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar selepas mendapati pihak…