Bas, van bertembung, 53 orang terbunuh, 29 cedera

oleh SALINA JALIL|
Seramai 53 orang terbunuh, selepas sebuah bas bertembung dengan van sarat muatan bahan bakar yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu hangus di Cameroon.


Gabenor Wilayah Barat Cameroon, Awa Fonka, berkata kejadian kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan berhampiran kawasan dikenali Cliff of Dschang turut mengakibatkan 29 individu lagi cedera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Mangsa yang terkorban mengalami kesan kebakaran sehingga mayat mereka sukar dikenal pasti," katanya.

 

Fonka berkata, keadaan berkabus mungkin antara faktor kemalangan itu berlaku, selain siasatan awal mendapati van terbabit mengalami masalah brek.

 

Laluan di kawasan berkenaan sering berlaku kemalangan disebabkan keadaan jalan raya yang berliku dan terdapat gaung.

 

Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh, termasuk 10 wanita dan empat kanak-kanak dalam kemalangan di Cameroon pada 27 Disember lalu, apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah lori sehingga terbabas dalam gaung.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…