Bas “terbang” China sebenarnya projek tipu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ingat video mengenai bas “terbang” di China di mana konsep bas itu ialah ia akan lalu di atas kenderaan-kenderaan di jalanraya dengan menggunakan sistem rail di sisi bas itu?

Nampaknya Engadget melaporkan bahawa kwasan ujian untuk bas terbang itu sudah ditinggalkan kerana “masalah kewangan” dan ia semakin rumit apabila pihak berkuasa China sudah turun padang dan mempercayai ia adalah satu penipuan.

Polis Beijing sudah membuka kertas siasatan kerana ada aktiviti mengumpulkan dana bagi projek tersebut. 

 

TEb 2

 

Projek bas terbang atau nama rasminya, Transit Elevated Bus atau TEB itu menggunakan syarikat pengumpul dana Huaying Kailai (fundraising platform) yang akan mencari pelabur untuk projek tersebut.

Dilaporkan seramai 72 orang pelabur telah menyaman syarikat itu yang telah berjaya mengutip dana pelaburan sebanyak RM5.6 billion sehingga Oktober 2016, dua bulan selepas video bas TEB ini dihasilkan di bandar pelabuhan Qinghuangdao.

Syarikat rekabentuk Autek yang menghasilkan rekabentuk TEB itu juga dikatakan masih belum dibayar jutaan Ringgit untuk kerja mereka bagi projek TEB.

Majlis bandaraya Qinghuangdao menyatakan kawasan ujian itu akan dimusnahkan kerana permit untuk mengguna-pakai kawasan ujian itu tamat pada 31 Ogos tahun lalu.

Bas TEB itu akan disimpan di sebuah tempat parkir berdekatan. 

 

TEB 3