Bas terbalik selepas Terowong Menora, 14 cedera

oleh SALINA JALIL|
Foto JBPM Perak
Empat belas individu termasuk pemandu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora, di sini, awal pagi tadi.


Kejadian itu membabitkan 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 14 hingga 59 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata panggilan kecemasan diterima jam 2.22 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi.

 

Katanya, bas ekspres berkenaan terbabas sendiri di bahu jalan ketika dalam perjalanan dari Kulim menghala Kuala Lumpur, tanpa pembabitan kenderaan lain.

 

"Bomba mengeluarkan kesemua mangsa daripada bas berkenaan termasuk menggunakan katil pengusung dan memberi rawatan awal sebelum menyerahkan mereka kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

 

Katanya, operasi menyelamat berakhir jam 4.39 pagi.

 

Difahamkan kejadian berlaku ketika bas sedang menuruni kawasan berbukit tidak jauh selepas keluar dari Terowong Menora.

 

 

Berita Harian

Foto JBPM Perak

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…