Bas terbakar selepas bertembung dengan trak di selatan India, sekurang-kurangnya sembilan maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto kejadian
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas terbakar sejurus berlanggar dengan sebuah trak kontena di selatan India pada awal Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Pegawai berkata, kejadian itu berlaku di daerah Chitradurga, negeri Karnataka.

Menurut laporan, bas yang membawa 32 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Bengaluru ke Shivamogga apabila kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Nasional-48.

Bas berkenaan terbakar akibat impak perlanggaran itu, kata pegawai kanan polis Ravikanthe Gowda kepada pemberita sambil mengesahkan jumlah korban.

Gowda berkata, kebanyakan mangsa rentung di dalam kenderaan itu manakala penumpang yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Laporan menyebut bas itu dirempuh oleh trak yang datang dari arah bertentangan selepas kenderaan berkenaan merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar bas tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau sedih dengan kejadian itu.

"Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mereka yang cedera segera sembuh," tulis Modi di platform X.

Video di sini

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
JPJ Kedah dalam satu kenyataan berkata, hasil semakan mendapati pemandu lelaki tempatan itu gagal…
Berita Global
Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan tersangkut di lintasan kereta api selepas…
Berita Domestik
Menurutnya, sistem tersebut diintegrasikan bersama pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis…