Bas terbabas dan terjunam dari jambatan, 10 guru maut, 25 cedera

oleh SALINA JALIL|
Seramai 10 orang maut manakala 25 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas, 40 kilometer dari Havana, Cuba pada Sabtu lalu.


Pihak berkuasa tempatan melaporkan, bas yang membawa sekumpulan guru itu dipercayai terbabas sebelum terjunam dari jambatan dalam kejadian di lebuh raya nasional negara itu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut laporan AniNews, kesemua guru-guru terbabit mengajar di ibu negara itu. Mereka berpindah ke lokasi lain bagi membolehkan asrama mereka digunakan untuk pesakit COVID-19.

 

Dalam kemalangan tersebut juga, tiga guru yang cedera kini dalam keadaan kritikal. Semua yang cedera dimasukkan ke dalam sebuah hospital di Havana.

 

Sementara itu, Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel menerusi laman Twitternya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

 

Menurutnya, pemergian guru-guru itu adalah kehilangan yang sukar dicari ganti.

 

 

 

Reuters/Awani

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…