Bas terbabas dalam parit, tujuh murid tadika cedera

oleh SALINA JALIL|
gambar ehsan pembaca
Seramai tujuh murid tadika cedera selepas bas dinaiki mereka terbabas dalam parit di Jalan Kelab Golf, Bukit Rotan, di Kuala Selangor, hari ini.


Kejadian pada jam 10.15 pagi itu membabitkan 44 penumpang termasuk murid berusia lima dan enam tahun serta guru tadika terbabit.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari Putrajaya menghala ke sebuah zoo di Kampung Teluk Penyamun.


"Ketika tiba di lokasi, sebuah lori dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ia menyebabkan pemandu bas terbabit membrek untuk mengelak, lalu terbabas dan masuk ke dalam parit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Ramli berkata, akibat kemalangan itu tujuh penumpang cedera di muka akibat tersembam ke kerusi hadapan.

 

"Mereka kemudian dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…