Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Sistem subsidi bersasar diesel tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan sistem pengangkutan awam bagi mengelakkan berlakunya kenaikan tambang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel akan bermula apabila perisian Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) siap iaitu dijangka pada separuh kedua tahun ini.
 

bas sekolah


“Kita akan cuba menyelesaikan perisian untuk subsidi diesel, baru kita boleh lancarkan (subsidi bersasar diesel) tapi subsidi bersasar diesel ini tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam kerana kita tidak mahu ada kenaikan dari segi tambang," katanya

Bagi subsidi bersasar petrol, Ahmad berkata perkara itu akan disegerakan iaitu jawatankuasa khas untuk perkara tersebut telah ditubuhkan melibatkan beberapa jabatan untuk melihat kepada kaedah pelaksanaan.
 

petrol


"Ada ahli Parlimen semalam menyebut tidak semua T20 boleh diketepikan daripada mendapat subsidi ini kerana T20 berpendapatan RM10,000 di Kuala Lumpur dengan T20 berpendapatan RM10,000 di Pontian tidak sama, tekanan kepada T20 di Kuala Lumpur tentu lebih tinggi.

"Ini antara perincian yang perlu diteliti sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksanakan subsidi petrol RON95 secara bersasar," katanya.

Ahmad berkata sekiranya subsidi bersasar bahan api iaitu petrol, diesel dan gas dilaksanakan bagi B40 dan M40 sahaja, kerajaan dapat menjimatkan sekitar RM16 bilion ke RM17 bilion.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sudah mengeluarkan senarai…
Berita Domestik
"Dengan membenarkan RON95 pada harga pasaran pada Jun ini, kesannya adalah kadar inflasi…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…