Bas sekolah Hyundai Staria Kinder - harga subsidi serendah RM70k di Korea Selatan!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada hadir dalam versi penumpang dan versi komersial, Hyundai juga turut menawarkan model minivan Staria dalam versi bas sekolah berwarna kuning untuk pasaran Korea Selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dinamakan sebagai Staria Kinder (Kinder - kanak-kanak dalam bahasa Jerman), Hyundai menambah beberapa ciri yang tersendiri seperti bar lampu pada bahagian atas bumbung (depan dan belakang), papan tanda kecil pada pintu sebelah pemandu, serta layangan warna kuning terang.

Sementara ruang kabin pula mampu menempatkan sehingga 15 orang kanak-kanak pada satu-satu masa, dan didatangkan dengan ciri larasan tali pinggang keledar, serta sistem peringatan pemakaian tali pinggang keledar.

Untuk memastikan tahap keselamatan kanak-kanak terjamin, Hyundai Staria hadir dengan ciri keselamatan yang merangkumi bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan kekal laluan, bantuan pengelakan pelanggaran titik buta, serta pengelakan pelanggaran trafik belakang.
 

Hyundai Staria


Tiada perincian berhubung trenkuasa yang ditawarkan, namun bergantung kepada pasaran, Hyundai Staria boleh dilengkapi dengan enjin 2.2 liter diesel turbo yang menghasilkan 175 hp dan 431 Nm, atau enjin 3.5 liter NA yang mampu menghasilkan 268 hp dan 331 Nm.

Harga jualan untuk Staria Kinder 11 tempat duduk bermula dari 34.78 juta won (RM120,929) sementara versi 15 tempat duduk pula berharga 37.41 juta won (RM130,073).

Menurut Hyundai, harga jualan boleh didapati bermula serendah 20 juta won (RM69,539) dengan subsidi harga yang bakal ditawarkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat…
Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Kata beliau, pihaknya mahu lebih kepada usaha advokasi atau pendidikan berbanding tindakan…