Bas pengangkutan awam terbakar 80 peratus

oleh SALINA JALIL|
Sebuah bas terbakar berhampiran Kondominium Mont Kiara East, Taman Mastiara Kuala Lumpur di sini semalam.


Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Abdul Rahim Mat Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 11.33 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sebuah jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi turut dibantu BBP Jinjang dan BBP Sentul bersama tiga jentera serta 19 anggota," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah bas pengangkutan awam dengan kemusnahan dianggarkan 80 peratus namun tidak melibatkan mangsa.

"Api dapat dikawal pada jam 12.08 tengah hari dan padam sepenuhnya pada jam 12.27 tengah hari," kata beliau.

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

 

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan…