Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata siasatan awal mendapati bas itu berada di laluan lurus sebelum tiba-tiba terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar pokok.
"Kejadian itu menyebabkan seorang guru dan tiga murid cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, manakala guru dan murid lain selamat.
"Tiga mangsa kanak-kanak itu terhantuk di bahagian kepala dan mereka mendapat rawatan pesakit luar, manakala guru pengiring menerima jahitan di kepala dan sudah keluar dari hospital," katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Video kemalangan di https://www.tiktok.com/@bharianmy/video/7533998640696904967