Bas hidrogen di Sarawak akan beroperasi semula selepas diservis

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkhidmatan bas bandar hidrogen di Kuching akan dimulakan semula sebaik sahaja kerja-kerja penyelenggaraan selesai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses servis itu akan dilakukan oleh pengeluar jenama bas itu sendiri, Foshan Feichi Automobile Co Ltd dari China.

Perkhidmatan bas percuma itu adalah antara projek Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan ia diberhentikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Menurut pengerusi SEDC, Tan Sri Abdul Aziz Husain, ketiga-tiga unit bas itu masih di bawah waranti tetapi jurutera dari Feichi tidak dapat hadir kerana larangan PKP.


 

 

Feichi juga sepatutnya mengadakan program latihan penyelenggaraan kepada juruteknik tempatan selaras dengan perjanjian teknikal dengan SEDC tetapi terpaksa ditunda kerana Covid-19.

SEDC seterusnya berkata perkhidmatan bas itu akan hanya disambung selepas ia sudah diservis dan berfungsi dalam keadaan 100 peratus sempurna.

"Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab utama kami. Kerana itu perkhidmatan ini akan diteruskan hanya selepas kesemua bas-bas ini sudah diselenggarakan dengan betul," ujar Abdul Aziz.

Perkhidmatan bas bandar percuma menggunakan tenaga hidrogen ini telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 21 Januari dahulu.

Ia disambut baik oleh penduduk sekitar yang menggunakan perkhidmatan bas ini untuk ke kawasan bandar Kuching ke Pantai Damai, Santubong ketika hujung minggu.

* Berita asal dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Pelancaran
Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, Pusat Alat Ganti Serantau…