Bas hidrogen bakal digunakan di Kuching mulai Mac 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengumumkan bahawa bandaraya Kuching akan mula menggunakan perkhidmatan tiga unit bas berkuasa hidrogen mulai Mac tahun hadapan.

Beliau berkata tiga unit bas hidrogen itu ialah sebahagian dari projek permulaan (pilot project) dalam memperbaiki sistem pengangkutan awam Kuching.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Abang Johari membuat pengumuman tersebut semasa majlis tandatangan persefahaman (MOU) antara Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan Foshan Feishi Automobile Manufacturer Co Ltd China.

Foshan Feishi akan membekalkan bas-bas tersebut.

"Kosnya masih sedang dibincangkan," ujar beliau ketika ditanya pihak media.

Abang Johari berkata kos bas hidrogen adalah lebih murah kerana hidrogen dihasilkan dari air dan Sarawak mempunyai banyak air.

"Ia tidak bergantung kepada harga global bahan api biasa seperti diesel dan petrol," sambung beliau lagi.

 

 

Pusat penghasilan hidrogen dan stesen pengisian sedang dibina oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan akan siap bila bas-bas tersebut tiba di Kuching.

Ketua Menteri itu juga bercadang untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada penduduk setempat dan pelancong semasa bas-bas itu menjalani ujian operasi kelak.

"Di Sarawak, penduduknya senang merasa kurang yakin. Bila kita bercerita mengenai hidrogen, mereka fikir bom hidrogen. Saya perlu mendidik mereka dahulu dan kerana itu projek permulaan sayang penting," sambungnya.

Abang Johari juga berharap agar kerajaan persekutuan segera memasukan kenderaan bertenaga hidrogen ke dalam sistem JPJ untuk memudahkan pendaftaran kenderaan tersebut nanti.

Akhir sekali Abang Johari berkata akan kemungkinan Sarawak mengeksport hidrogen melalui Petros sebagai sumber pendapatan tambahan Sarawak dan memberitahu bahawa kajian sedang dijalankan agar tenaga hidrogen boleh dibawa seperti tong gas LNG.

* Berita asal dari The Borneo Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Berita Global
Secara keseluruhan, syarikat itu berjaya menjual sekitar 116,000 unit kenderaan dan 11,600 unit…