"Laluan tersebut ialah Kota Bharu-Salor-Pasir Mas; Kota Bharu-Gua Musang, Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Bharu-Kuala Krai, Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Kota Bharu- Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Sabak-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan dan Kota Bharu-Bukit Marak-Bachok," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, untuk fasa pertama perkhidmatan yang beroperasi pada Selasa, hanya tiga laluan terlibat iaitu Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, Kota Bharu-Gua Musang dan Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja.
Katanya, bagi laluan Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, ia melibatkan tiga trip pergi balik bermula jam 7.15 pagi hingga 6 petang, laluan Kota Bharu-Gua Musang pula hanya dua trip pergi balik bermula jam 4.45 pagi hingga 5.30 petang manakala laluan ketiga Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja melibatkan empat trip ulang alik bermula jam 6.15 pagi hingga 5.30 petang.
Che Ibrahim berkata, perkhidmatan tersebut bermula dari Kota Bharu di Stesen Bas Jalan Hilir Pasar, di sini manakala lokasi hentian dalam laluan adalah seperti yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan yang terdahulu.
"Untuk permulaan, transaksi tambang adalah dalam bentuk tunai dan para penumpang boleh menghubungi talian 09-7745555 jika memerlukan maklumat lanjut tentang perkhidmatan Mutiara Rentas Desa," katanya.