Bas elektrik Hyundai terbakar ketika beroperasi di Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah bas berkuasa elektrik yang dihasilkan oleh Hyundai dilaporkan terbakar Isnin lalu ketika sedang beroperasi di Korea Selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada pihak berkuasa tempatan, kejadian tersebut dikatakan menyamai apa yang berlaku kepada kes kebakaran kenderaan eleltrik sehingga pihak pengeluar terpaksa memanggil semula EV yang telah dijual untuk tujuan pemeriksaan.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan, ini kerana bas tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke depot simpanan setelah selesai melakukan pemeriksaan.

Beberapa laporan daripada media tempatan menyebut bas tersebut merupakan Elec Bus yang diproduksikan oleh Hyundai, dan memiliki pek bateri yang disumberkan oleh LG Energy Solution yang dimiliki oleh LG Chem.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Fire Service Headquarters di bandar selatan Changwon kepada Reuters menyebut, wakil daripada Hyundai Motor, kementerian pengangkutan, Korea Automobile Testing & Research Institute, National Fire Research Institute dan Changwon Fire Service Headquarters akan membuat pertemuan pada hari Selasa untuk membincangkan soal pemeriksaan lanjut.

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas diterima daripada Hyundai Motor atau pihak LG Energy Solution.

Oktober lalu, Hyundai telah membuat kempen panggil semula melibatkan 25,564 unit kenderaan elektrik Kona di Korea Selatan akibat risiko litar pintas yang disebabkan oleh kesilapan pengilangan pada sel bateri bervoltan tinggi itu.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…