Bas ekspres terbalik, 26 penumpang terselamat

oleh Mohamad Hanif|
Seramai 26 penumpang sebuah bas berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbabas dan terbalik dalam kejadian di Lebuhraya Damansara susur ke Bangsar, di sini, tengah malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 12.17 tengah malam.

"Seramai 18 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Singapura.

"Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas terbabit terbabas lalu terbalik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba bertugas bertindak memecahkan tingkap hadapan bas berkenaan untuk mengeluarkan mangsa.

"Jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam kemalangan ini adalah 26 orang dan mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan serta mendapatkan rawatan.

Dalam satu laporan terbaharu, pemandu pertama dan kedua bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Bangsar, di sini tengah malam tadi disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kedua-dua pemandu berkenaan dibebaskan selepas selesai diambil keterangan pada 4.45 pagi di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu berkenaan turut diambil sampel darah dan air kencing bagi ujian toksikologi oleh Jabatan Kimia.

Sumber: Harian Metro 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata,…
Berita Global
    Menurut laporan portal berita Arab News yang memetik stesen televisyen El-Ekhbariya,…
Informasi
"Namun laluan kontra (melalui lorong bertentangan) masih diaktifkan. Trafik arah selatan perlahan…