Bas ekspres rempuh 10 kenderaan di PLUS arah selatan, saksi kemalangan diminta tampil

oleh SALINA JALIL|
Polis meminta pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 139.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Perai petang Isnin tampil membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Sufi Abdul Razak di talian 013-477 4542 atau 04-538 2222.


Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum dilaporkan merempuh 10 kenderaan dalam kejadian di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Perai, di sini, petang Isnin.


Insiden kira-kira jam 2 petang itu kemudian tular di platform media sosial termasuk Facebook (FB) yang membuatkan kebanyakan warganet cemas melihat kejadian berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dalam beberapa laporan dikongsikan memaparkan detik sebelum kejadian berlaku menunjukkan bas ekspres yang berada di lorong kanan tiba-tiba dalam keadaan terhuyung hayang.

 

Tidak lama kemudian, pemandu bas yang masih tidak dikenal pasti identitinya itu didapati melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dilihat merempuh beberapa kenderaan lain yang semuanya dianggarkan 10 kenderaan.

 

Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua..

 

“Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

 

Sementara itu, jurucakap PLUS mengesahkan berlaku kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan trafik.

 

"Siasatan kemalangan itu dijalankan pihak polis dan aliran trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang," katanya.

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…