Bas ekspres di Sabah dibenar beroperasi hari ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan bas ekspres beroperasi semula berkuat kuasa hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi Covid-19 di Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata, bagaimanapun terdapat beberapa ketetapan yang perlu dipatuhi pengusaha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Setiap penumpang yang melintas zon ditetapkan kerajaan negeri sebelum ini perlu mendapat kebenaran dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

 

"Pengusaha bas hanya boleh mengambil dan menurunkan penumpang di terminal sahaja dan tidak dibenarkan untuk singgah di mana-mana perhentian termasuk restoran serta kapasiti bas dihadkan sebanyak 50 peratus sahaja.

 

"Pengusaha dan pemandu bas juga berhak untuk menghalang penumpang menaiki bas sekiranya bergejala di samping memberi peringatan berkala mengenai pemakaian pelitup muka serta mengurangkan interaksi," katanya dalam satu kenyataan media.

 

Selain itu, Masidi berkata, selain itu, pengusaha perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lain seperti pemeriksaan suhu, pendaftaran dengan menggunakan MySejahtera atau secara manual serta proses sanitasi juga ditekankan kepada pengusaha bas.

 

Hari ini, Sabah mencatatkan jumlah kes positif baharu Covid-19 sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,864 kes dan tiada kematian direkodkan.

 

Mengulas mengenai status vaksinasi di Sabah, Masidi berkata, seramai 1,494 individu sudah menerima suntikan vaksin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,464 orang.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…