Bas comel Hino Poncho jalani ujian percubaan di KL, Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Rapid Bus Sdn Bhd dengan kerjasama Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan ujian percubaan bagi penggunaan bas mini Hino Poncho di laluan yang lebih mencabar di ibu kota Kuala Lumpur.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Bas mini sepanjang tujuh meter dengan rekaan lantai rendah itu bakal memulakan ujian kedua di Kuala Lumpur seawal Oktober 2021 sehingga April 2022 merangkumi laluan T180 (Taman Dato' Senu - Chow Kit) dan laluan 302 (Titiwangsa - KLCC).

Selain KL, Hino Poncho juga akan memulakan ujian percubaan di Pulau Pinang merangkumi laluan 11 (Pengkalan Weld - Batu Lanchang) dan laluan 201 (Pengkalan Weld - Tingkat Paya, Terubong).
 

Hino


Disebabkan saiznya yang lebih kompak dan keupayaan untuk membuat radius putaran 7.7 meter, Hino Poncho menawarkan solusi perbatuan terakhir yang lebih berkesan berbanding penggunaan bas biasa terutama di kawasan yang sibuk dan sempit.

Rekaan lantai yang rendah juga turut memudahkan penggunaan di kalangan warga emas, kanak-kanak serta pengguna kerusi roda.
 

Hino


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, "berdasarkan ujian percubaan kali pertama di Lembah Klang pada Oktober 2019 - Mac 2020, Hino Poncho berupaya untuk menawarkan perkhidmatan dengan lebih berkesan, malah saiznya yang kecil membolehkannya dipandu di kawasan perumahan yang kecil.

Sementara itu, Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama melahirkan ucapan penghargaan buat Rapid Bus kerana mempercayai produk Hino untuk menambah baik sistem pengangkutan awam di Malaysia.

"Saya percaya, ujian percubaan kedua bersama Rapid Bus ini mampu memenuhi jangkaan mereka, terutama dari segi keberkesanan faktor hubungan, akses dan juga kos. Kami turut teruja untuk melihat ujian percubaan Hino Poncho ini diperluaskan ke negeri lain, terutama di Pulau Pinang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bersempena dengan itu, pihak pengendali turut bekerjasama dengan Iskandar Regional Development…
Berita Domestik
Model yang dimaksudkan adalah Hino Poncho, sebuah bas mini berukuran tujuh meter dengan posisi…
Berita Domestik
Pada hari kedua percubaan (hari ini), Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, telah…