Bas bertukar jadi tandas awam wanita!

oleh SALINA JALIL|
Golongan wanita di India menganggap tandas awam yang bersih sebagai kemudahan 'berharga' kepada mereka.


Bagi pelajar kolej, Suvarna Dongare, dia amat terkejut selepas melihat tandas wanita berwarna merah jambu kini disediakan di sebuah taman awam di barat India, salah satu daripada beberapa kemudahan yang terdapat di bandar Pune.
Modenas

 

"Tandas itu sangat selesa dan saya rasa selamat untuk menggunakannya," kata Dongare, 18.

 

Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan 'hajat' malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.

 

Projek Ti Toilet, bas yang diubah menjadi tandas dan dilancarkan pada 2016 itu adalah hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer.

 

Careta berpendapat orang Malaysia lebih kreatif kerana di Melaka, bas telah dijadikan tandas awam dari dahulu lagi dan turut diubah suai sebagai gerai makan di pantai Klebang. Satu ketika dulu, terdapat bas yang diubah menjadi bilik penginapan (Bustel Klebang Melaka) tetapi ia telah berkubur sejak hujung tahun 2016 kerana kos yang tinggi untuk menyelenggaranya.

 

 

Sumber: Sinar Harian

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurut beliau, perkhidmatan bas percuma ini akan bermula dengan 10 bas yang akan ditambah…
Berita Domestik
“Hari ini banyak kenderaan mewah klon yang akan kita lelong. Kenderaan-kenderaan yang terbabit kes…
Berita Global
  Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan bas terbabit…