Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol, 6 pesakit cedera

oleh SALINA JALIL|
Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, petang tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (MAEPS 2.0).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.

 

Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.

 

Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

 

Difahamkan, bas berkenaan membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi dan dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari ini.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…