Bas bawa pelajar UPSI terbabas, 11 cedera

oleh Hamimah Hamid|
SEPULUH pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) cedera selepas bas dinaiki mereka terbabas di Jalan Slim Lama berhampiran Kota Malim Prima, Tanjung Malim petang tadi.

Pemandu bas turut cedera ringan dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, panggilan mengenai kejadian bas membawa 60 pelajar itu berlaku kira-kira jam 7 petang.

Katanya, bas terbabit dalam perjalanan pulang ke asrama

"Kesemua 11 orang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan.

"Mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon melahirkan rasa lega kerana semua pelajar dan pemandu selamat.

Beliau yang kebetulan melalui kawasan itu untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berhenti untuk melihat keadaan.