Baru-baru ini dalam satu hantaran di Twitter, @preneh24 menyatakan kekecewaannya apabila menghadapi situasi cemas semasa memandu Tesla Model Y miliknya yang baru sahaja dibeli selama seminggu.
Hantaran itu menunjukkan gambar stereng Tesla Model Y yang dipandu pengguna Twitter tersebut tercabut semasa memandu di jalan raya bersama keluarganya.

Dalam Tweet nya sebelum ini, dia menyatakan kegembiraan keluarganya untuk menerima Tesla Model Y baharu itu pada 24 Januari, selang seminggu pada 30 Januari berlaku pula kejadian stereng tercabut.
Sememangnya sesuatu perkara yang malang dan tidak dijangka untuk berlaku terutama sekali bagi kereta yang baru sahaja dibeli.
@preneh24 bersama keluarganya bernasib baik kerana semasa kejadian tiada kenderaan lain di belakang dan kereta boleh diberhentikan secara selamat.
@elonmusk @TeslaOwnersWW @BLKMDL3 Family was excited to receive Tesla Y delivery on 1/24/2023. Was driving on highway and all the sudden steering wheel fall off, was lucky enough there was no car behind and I was able to pull on devider #SafetyFirst #Fixit #TeslaModelY #help pic.twitter.com/4UMokFA2cv
— Prerak (@preneh24) January 30, 2023
Kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku, pada tahun 2020, sebuah Tesla Model 3 dengan hanya 547 km jarak gerak semenjak dibeli juga mengalami isu stereng tercabut semasa pemiliknya mahu mengundur ke jalan masuk rumahnya.
Dalam kejadian terkini, pengguna Twitter tersebut berkata dia telah hilang kepercayaan terhadap Tesla dan mahu ganti rugi penuh untuk EV tersebut.
Perkara itu tidak mengejutkan dengan kejadian yang berlaku, sudahlah nasib malang stereng tercabut semasa dipandu atas kesilapan pengeluar, Tesla pula cas harga baik pulih sebanyak USD103.96 (RM443.47).
@elonmusk Am I responsible for manufacturing defect? It’s not even week and getting bill for faulty steering wheel. Isn’t it company’s responsibility to fix it? I would greatly appreciate refund and keep the car as we lost trust and family is not feeling safe driving it back. pic.twitter.com/7ZsO4ZiXNu
— Prerak (@preneh24) January 30, 2023
Tesla bukanlah satu-satunya jenama yang pernah mengalami masalah tersebut, sebelum ini Ford dan Hyundai juga pernah membuat recall dengan isu yang sama.
Masalah itu dikatakan melibatkan isu reka bentuk dimana bolt yang mengikat stereng pada column terlalu pendek, dan mengakibatkan bolt tersebut longgar.
Sumber: insideevs