Baru mencecah 5 km di odometer, Toyota Raize kemalangan!

oleh SALINA JALIL|
Walaupun jarak perjalanan angka di odometer cuma lima kilometer sahaja, tetapi pemilik kenderaan Toyota Raize yang malang ini telah mengalami kemalangan yang meranapkan hati dan mata.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Penularan gambar-gambar Toyota Raize yang mengalami kerosakan yang agak teruk ini telah dikongsi oleh pengguna Twitter @ taku531531.

 

SUV segmen B ini telah mengalami pelanggaran yang kelihatan teruk di kedua-dua bahagian depan dan belakang.

 

Jelas kelihatan di bahagian kabin, kedua-dua beg udara hadapan telah terkeluar, ini menunjukkan bahawa impak pelanggaran tersebut adalah agak kuat.  

 

Di bahagian belakang juga turut mengalami kerosakan, walaupun tahap kerosakannya tidak dapat dipastikan.

 

rear

 

Walaupun kerosakannya kelihatan agak teruk sehingga kereta tersebut akan dilupuskan di Jepun, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa bengkel-bengkel moden yang mempunyai peralatan jig penjajaran chassis sudah pasti dapat meluruskan casis Raize ini tanpa masalah.
 

 

Sebagai peringatan, jika satu hari nanti anda berhajat untuk memiliki kenderaan recond dari Jepun atau dari negara luar, pastikan anda semak terlebih dahulu sejarah pemilikan kenderaan tersebut sebelum membuat pembelian. 

 

Toyota Raize (dan kembar kepada Daihatsu Rocky) adalah SUV segmen B yang diperkenalkan di Jepun tahun lalu. Di Malaysia, terdapat ura-ura yang mengatakan ia akan dilancarkan di negara kita pada tahun ini.

 

Jika dilihat dari mata kasar, ia sedikit lebih besar daripada Perodua Myvi (100 mm lebih panjang tetapi 40 mm lebih sempit). 

 

Tetapi jika dilihat di depan mata, Raize ini tidak kelihatan kecil! Ini adalah kerana faktor ilusi yang diberikan oleh roda aloi 17 inci, lengkungan fender roda yang lebar yang menjadikan ia kelihatan lebih besar daripada saiz yang sebenarnya.

 

 

raize

 

sumber: WapCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Dimana kali ini ia melibatkan pensijilan UN-R135, iaitu ujian impak tiang sisi pada model Daihatsu…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback…