Baru lulus lesen motosikal, nenek terkejut terima 20 saman

oleh SALINA JALIL|
Seorang nenek terkejut apabila dia menerima hampir 20 saman kerana menunggang motosikal melebihi had laju di Swansea, selatan Wales baru-baru ini.



Nenek itu, Karen Goode, 59, pada mulanya menyangka bahawa ia hanyalah satu gurauan apabila menerima saman itu yang dihantar melalui pos daripada pihak polis.


Ibu yang mempunyai dua anak dan empat cucu itu menganggap begitu kerana dia tidak pernah menunggang motosikal Honda sehingga ke Swansea.


 

Goode dari Blistworth hanya menunggang motosikalnya itu di kampungnya tetapi menerima saman tersebut kerana menunggang lebih 80 kilometer sejam (km/jam) di kawasan had laju kurang 49 km/ jam di Swansea.

 

Pada awal bulan ini, dia menerima amaran akan dihadapkan ke mahkamah kerana menunggang motosikal melebihi had laju.

 

Goode yang lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu mengesyaki bahawa nombor pendaftaran motosikalnya telah diklonkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Polis Wales Selatan ketika dihubungi portal berita Wales Online menyatakan pihak syarikat GoSafe yang bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana ia mengendalikan kamera mengesan had laju itu.

 

Jurucakap syarikat itu menyatakan bahawa jika terdapat aduan tentang nombor pendaftaran kenderaan diklonkan, pihaknya akan menyiasatnya dengan lebih lanjut. -

 

 

SH
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat besi Jepun itu mendakwa produk mereka - "nonoriented electrical steel sheet" mampu…
Berita Domestik
  Sebanyak 25 notis kompaun dikeluarkan dalam waktu yang singkat menunjukkan kesedaran terhadap…
Berita Domestik
  “Daripada jumlah yang diambil tindakan itu, sebanyak 75 peratus adalah penguatkuasaan ke atas…