Model pertama Barq merupakan sebuah skuter elektrik (bernama Rena Max) yang direka untuk penghantaran jarak perbatuan terakhir (last mile delivery).
Disebabkan keadaan cuaca di sana, Barq membawakan pelbagai inovasi teknologi terkini termasuklah sistem penyejukan bateri, serta perisian yang mampu mengawal suhu di dalam kotak kargo.

Untuk memudahkan urusan seharian, Rena Max dilengkapi dengan sistem bateri 5.6 kWh boleh tukar, dengan jarak operasi sejauh 150 km untuk sekali cas.
Motor elektrik pula berkuasa 12 hp yang membolehkan skuter ini mencapai kelajuan sehingga 97 km/j, selain dilengkapi dengan gear undur, serta beberapa mod tunggangan yang boleh dipilih.

Segala informasi boleh diakses menerusi skrin sentuh bersaiz lapan inci.
Rekaan luaran skuter Rena Max yang futuristik ini dihasilkan oleh Callum Designs, di mana pengasasnya Ian Callum pernah bekerja untuk jenama seperti Ford dan Aston Martin.
Menurut Ian, produksi skuter ini akan bermula lewat tahun 2022 dengan sasaran sehingga 50,000 unit bagi menyokong pasaran seperti UAE, Arab Saudi dan Mesir, pasaran motosikal komersial terbesar di dunia.