Barisan pertama JAECOO J7 PHEV CKD mula dilancarkan

oleh Firdaus Razani|
JAECOO Malaysia bakal melancarkan SUV Kenderaan Elektrik Hibrid (PHEV) Plug-in baharu mereka, JAECOO J7 PHEV menjelang pada akhir Februari 2025 ini.

JAECOO Malaysia mendedahkan bahawa JAECOO J7 PHEV yang dipasang secara tempatan yang pertama sebenarnya telah mula melancarkan barisan pengeluarannya di Shah Alam.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata “Kami percaya JAECOO J7 PHEV sangat sesuai dengan selera pasaran untuk alternatif antara segmen Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Kenderaan Elektrik (EV) yang menyediakan yang terbaik daripada kedua-dua dunia dengan Sistem Super Hibrid unggulnya yang dikenali sebagai SHS.

“Memandangkan ekosistem EV Malaysia terus berkembang, JAECOO berbesar hati untuk menawarkan lebih ketenangan fikiran kepada pengguna memandangkan peralihan kepada mobiliti tenaga hibrid.” kata beliau.

JAECOO J7 PHEV bakal menawarkan yang terbaik dari kedua-dua dunia dengan prestasi enjin yang lebih baik berbanding ICE tulen atau kenderaan elektrik sepenuhnya.

Disebabkan teknologi Sistem Super Hibridnya, J7 PHEV adalah yang pertama dalam kelasnya dengan memberikan prestasi unggul dari segi julat elektrik tulen, penggunaan tenaga dan daya tahannya berbanding yang sezaman dalam kelas yang sama.

Di atas kertas, JAECOO J7 PHEV mempunyai julat elektrik tulen terkemuka kelas sepanjang 106km (julat NEDC) dan penggunaan bahan api terendah dalam kelasnya, pada 5.99 liter setiap 100km, dalam keadaan kehabisan kuasa.

Terbajaru, J7 PHEV telah diuji dalam pemanduan jarak jauh dari Singapura ke Hatyai, Thailand dan mencatatkan lebih 1,200km jarak WLTP.

Julat WLTP ialah jarak maksimum yang akan dilalui oleh EV pada satu cas, berdasarkan ujian piawai.

Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti platform sosial JAECOO Malaysia.