Barisan pelumba muda bakal berentap dalam Vios Sprint Cup

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Separuh grid daripada 42 jumlah pelumba akan dipenuhi oleh pelumba muda pada perlumbaan Pusingan 1 GAZOO Racing Vios Sprint Cup bermula 5 hingga 7 Mei di Litar Antarabangsa Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya sebahagian daripada Malaysia Championship Series (MCS) dan akan terdiri daripada dua perlumbaan 1 jam pada hari Sabtu dan Ahad.

Dua pemandu pasukan akan bertanding dalam tiga generasi Vios untuk bersaing bagi mendapatkan wang hadiah berjumlah RM60,000 setiap perlumbaan hujung minggu.

GR Vios Sprint mengekalkan format siri one-make, dimana pelumba akan menggunakan Toyota Vios dengan spesifikasi sama yang dikuasakan enjin dan transmisi standard, termasuk suspensi, tayar dan bahan api.

Ianya bagi memberikan peluang dan saingan yang sama, dan menekankan kepada teknik perlumbaan, kemahiran memandu dan pengalaman.

Peraturan juga menetapkan bahawa pemandu pro atau Tier-1 akan dipadankan dengan pemandu baharu atau rookie.

Juara keseluruhan dalam setiap dua perlumbaan GR Vios Sprint Cup akan memenangi wang tunai RM10,000, diikuti RM8,000 untuk naib juara, RM6,000 kepada pemenang tempat ketiga, dan RM4,000 dan RM2,000 masing-masing untuk pemenang tempat keempat dan kelima.

 

2

 

Barisan pelumba muda akan diketuai oleh bekas dan rekrut baru dalam Program Pembangunan GAZOO Racing Young Talent.

Antaranya ialah bekas juara Rookie, Naquib Azlan dan Nabil Azlan, Amer Harris, Putera Adam, Jwan Hi, Mika Hakimi, dan rookie semasa dan Musim 6, Ariff Azmi dan Azriel Azhar.

Grid juga akan dipenuhi pelumba muda lain seperti Inigo Anton, Abdul Miqail, Muhammad Alif Shawqi, Amirul Haikal, Mitchell Cheah, Aaron Haikal, Amir Mirza, Timothy Yeo, dan Ashen Shanmuganathan.

GR Vios Sprint Cup akan menampilkan 2 pusingan tahun ini dengan Pusingan 2 dijadualkan pada 23-25 ​​Jun, yang turut diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

Saksikan perlumbaan GAZOO Racing Vios Sprint Cup di Malaysia Championship Series hujung minggu ini (5-7 Mei) di Litar Antarabangsa Sepang, atau ikuti perlumbaan yang akan disiarkan secara langsung di laman web Toyota.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu menyaksikan pelumba veteran Eddie Lew bersama gandingan pelumba muda…
Sukan Bermotor
Berdasarkan keputusan perlumbaan Vios Sprint Cup yang berlangsung hujung minggu lalu, pelumba muda…
Sukan Bermotor
Acara ini menampilkan dua perlumbaan selama satu jam pada hari Sabtu dan Ahad bagi merebut hadiah…