Barisan model Turbo Porsche bakal dapat kemasan eksklusif Turbonite

oleh Mohamad Hanif|
Porsche bakal mengemaskini penawaran barisan model Turbo dengan beberapa sentuhan eksklusif, sekaligus menjadikannya lebih istimewa berbanding varian-varian lain.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Antara pembaharuan yang bakal dibuat ialah dengan menampilkan lambang Porsche dalam kemasan warna kelabu metalik yang dinamakan sebagai Turbonite.

Kemasan Turbonite ini bukan sahaja diaplikasikan pada lencana Porsche di bahagian luar kereta, ia juga boleh dipadankan pada lencana Porsche yang wujud pada roda stereng.
 

porsche


Selain daripada itu, kemasan Turbonite itu tidak akan dihadkan kepada emblem Porsche semata-mata, sebaliknya Porsche merancang untuk menawarkan kemasan eksklusif pada rim, kemasan kecil pada muka hadapan, ejaan nama model serta tidak ketinggalan kemasan pada trim pintu, panel instrumen, butang kawalan dan alas lantai.

Menurut Porsche, model Panamera generasi baharu akan menjadi model pertama yang menggunapakai trim Turbonite ini, di mana ia akan membuat kemunculan rasmi pada 24 November ini.
 

porsche


Menurut Naib Presiden Penggayaan Porsche, Michael Mauer berkata, "pada tahun 1974, kami mempersembahkan model pertama 911 turbo, dan sejak daripada itu, Turbo sangat sinonim dengan model-model berprestasi tinggi kami.

"Kami mahu menjadikan penawaran Turbo lebih menonjol untuk membezakannya dengan varian lain seperti GTS.

"Inilah sebabnya kenapa kami bangunkan estetika Turbo yang tersendiri. Bermula hari ini, model versi Turbo akan membawakan penampilan yang konsisten - elegan, istimewa dan berkualiti tinggi," ujarnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pekerja terbabit, yang dikenali sebagai Song, merupakan satu-satunya kakitangan yang bertugas pada…
Berita Global
    Bot sport ini berukuran 8.67 meter (m) panjang dan 2.49 m lebar. Motor PSM (Permanent Magnet…
Berita Global
  911 GT3 baharu tampil dengan naik taraf aerodinamik di antaranya pemisah depan dan peresap…