Barisan Mercedes-AMG baharu diperkenalkan di Sepang

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

David Coulthard bergambar bersama barisan terbaharu 43 dari Mercedes-AMG

 

Bagaimana anda menyambut ulangtahun anda? Untuk Mercedes-Benz Malaysia, untuk sambutan ulangtahun ke-50 Mercedes-AMG, mereka telah memperkenalkan barisan model terbaharu dari siri berprestasi Mercedes-AMG.

 

Siri bernombor 43 dari Mercedes-AMG ini merangkumi 6 model dari jenis roadster, sedan, coupe dan SUV, iaitu SLC 43, C 43 4Matic, C 43 4Matic Coupe, GLC 43 4Matic, GLC 43 4Matic Coupe dan E 43 4Matic. 

 

Kesemuanya menggunakan enjin yang ditala khusus oleh Mercedes-AMG, iaitu 3.0-liter V6 turbo berkembar dengan perisian khas AMG untuk penghasilan prestasi tinggi. Kotak gear juga ialah dari jenis 9 kelajuan 9G-Tronic yang sesuai dengan enjin bentuk V6.

 

“Mercedes-AMG siri 43 ini ialah hasil kerja tangan kraftangan, pereka dan jurutera yang berani meneroka batasan prestasi pemanduan sesebuah kereta. Dari coupe ke SUV, barisan siri 43 ini menjanjikan kepuasan untuk mereka yang suka memandu kereta berprestasi tinggi yang mewah,” jelas Naib presiden bahagian penjualan dan pemasaran di MBM, Mark Raine.

 

Diperkenalkan di Sepang dengan kehadiran bekas pemandu Formula 1 dari Britain, David Coulthard, ia bermula dengan harga sekitar RM500,000. 

 

Berikut ialah senarai harga dan spesifikasi ringkas barisan model siri 43 dari Mercedes-AMG:

 

E 43 4Matic - RM658,888

401 hp/520 Nm

4.6 saat

250 km/j

E 43 1

 

GLC 43 4Matic Coupe - RM580,888

367 hp/520 Nm

4.9 saat

250 km/j 

GLC 43 C 1

 

SLC 43 - RM570,888

367 hp/520 Nm

4.7 saat

250 km/j

SLC 43 1

 

C 43 4Matic Coupe - RM548,888

367 hp/520 Nm

4.7 saat

250 km/j

C 43 C 1


GLC 43 4Matic - RM538,888

367 hp/520 Nm

4.9 saat

250 km/j

GLC 43 1


C 43 4Matic - RM499,888

367 hp/520 Nm

4.7 saat

250 km/j

C 43 1

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris…
Sukan Bermotor
Kemenangan itu juga memberikan pasukan baharu dari Malaysia, Racing Aurora kemenangan pertama Kelas…
Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…