Barisan kereta mewah pengedar dadah kini jadi kereta peronda polis trafik Turki

oleh Mohamad Hanif|
Pihak berkuasa Turki baru-baru ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negara tersebut.

Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah, Hakan Ayik yang terdiri daripada barisan kereta sports, supercar, SUV dan kereta mewah.
 

polis


Anda boleh melihat sendiri pelbagai jenis model kenderaan mewah seperti Bentley Continental GT, Ferrari 458, SUV Range Rover Sport, Mercedes-Benz A-Class, CLA-Class, GLS, Volvo XC90, Porsche Taycan dan tidak ketinggalan Volkswagen Golf R.

Dianggarkan nilai rampasan adalah sekitar 100 juta Lira (RM15 juta).
 

volvo


Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya di laman X, kesemua 23 kenderaan yang dirampas itu telah diserahkan kepada Jabatan Polis Turki untuk diubah menjadi barisan kereta peronda polis trafik.

Ujarnya dalam laman X, “hasil daripada operasi yang dijalankan oleh Jabatan Polis Istanbul terhadap organisasi jenayah terancang, 23 kenderaan telah disita. Berikutan keputusan mahkamah, kesemua kenderaan ini telah diserahkan kepada pasukan polis kami.”

“Bermula sekarang, kesemua kenderaan ini bukan lagi milik organisasi jenayah, ia akan menjadi tanggungjawab polis dan berkhidmat untuk negara,” jelasnya lagi.

 


Sumber: X

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Salah seorang daripada suspek dikesan turun ke landasan di Platform 1 dengan sengaja semata-mata…
Berita Domestik
Selain itu, beliau berkata van sekolah yang digunakan dalam kejadian itu juga turut disita.…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata susulan insiden itu…