Barcelona, Madrid bakal haramkan motosikal lama daripada memasuki kawasan bandar

oleh Mohamad Hanif|
Bermula Jumaat ini, pemilik kenderaan beroda dua mungkin akan menghadapi kesukaran untuk memasuki dua bandar besar Barcelona dan Madrid, oleh kerana penguatkuasaan undang-undang 'Areas de Prioridad Residencial' (APR).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

APR merupakan undang-undang yang berkuatkuasa melarang mereka yang bukan penduduk tetap daripada memasuki kawasan bandar, selain dikenakan had laju bagi mengurangkan kesan pencemaran. 

Sebelum ini, motosikal dikecualikan daripada penguatkuasaan APR, namun semuanya akan berubah menjelang 30 November ini. 

Di bawah undang-undang APR yang baharu, penduduk yang menetap di dalam lingkungan bandar dibenarkan untuk bergerak dengan kenderaan mereka, namun mereka hanya dibenarkan untuk parkir di kawasan kediaman mereka sahaja. 
 


Namun, bagi non-residen hanya dibenarkan untuk memasuki kawasan bandar jika dan hanya jika kenderaan mereka mempunyai pelekat ZERO dan ECO sahaja, manakala motosikal yang mempunyai pelekat B dan C boleh memasuki kawasan bandar hanya untuk tujuan meletakkan kenderaan di lot parkir awam atau swasta sahaja.

Manakala motosikal yang didaftarkan sebelum tahun 2003 adalah diharamkan sama sekali daripada memasuki kawasan bandar, dengan sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak 90 Euro (RM430++).

Mengikut rekod, terdapat kira-kira 32 ribu orang penunggang motosikal yang keluar masuk kawasan bandar Madrid setiap hari untuk urusan kerja, dan larangan tersebut dilihat mungkin akan menyebabkan kesukaran kepada mereka yang masih menggunakan motosikal yang lama. 

Menurut Federation of European Motorcyclists' Association, mereka percaya penunggang motosikal sewajarnya dikecualikan daripada APR, memandangkan mereka bukanlah penyebab utama kesesakan trafik yang selalu melanda bandar-bandar utama di sana. 

 

*Berikut merupakan pembahagian kelas motosikal mengikut peraturan pelepasan emisi di Eropah: 

  • ZERO - motosikal elektrik dengan jarak melebihi 40 km
  • ECO - motosikal elektrik dengan jarak kurang dari 40 km
  • C - motosikal berenjin, regulasi minimum Euro 3 dan 4
  • B - motosikal berenjin, regulasi minimum Euro 2

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan di Madrid akan dijalankan di litar baharu sejauh 5.47km di sekitar pusat pameran Ifema…
Berita Global
  Insiden pergaduhan tercetus pada waktu subuh di hadapan sebuah restoran yang menganjurkan majlis…
Telah Diuji
  Akhirnya tirai dibuka untuk model paling dinanti-nantikan oleh semua fanatik kereta. Supra…