Bapa Ferrari F40, Nicola Materazzi meninggal dunia

oleh Mohamad Hanif|
Jurutera kelahiran Itali Nicola Materazzi yang turut dikenali sebagai Bapa Ferrari F40 dilapor menghembuskan nafas terakhir pada 23 Ogos lalu pada usia 83 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada Lancia, Ferrari serta Bugatti.

Dilahirkan pada tahun 1939 di Salerno, Selatan Itali, beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan di University of Naples.
 

f40


Antara kereta-kereta yang 'lahir ke dunia' daripada buah tangan Nicola Materazzi termasuklah model ikonik Ferrari F40 serta model Ferrari 288 GTO 1984 yang sebenarnya bermula sebagai sebuah projek kereta rali Group B.

Beliau juga pernah bekerja di bawah Lancia di mana beliau terbabit di dalam pembangunan model jalanan Flavia dan Fulvia, serta tidak ketinggalan jentera rali ikonik Lancia Stratos.
 

SS


Selepas di Ferrari, beliau berpindah ke Bugatti untuk menjadi pengarah teknikal bagi model Bugatti EB110 GT 1991, diikuti versi produksi EB110 SS yang lebih berkuasa.

Berita Berkenaan

Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…
Berita Global
Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah…