Banyak Audi, satu nombor VIN

oleh ONNY IZWAN|
Kawasaki Legend Reborn

Menurut Handelsblatt, iaitu akhbar komersil Jerman, pendakwaraya-pendakwaraya di sana telah menjumpai bukti dokumen-dokumen yang mengatakan telah terdapat banyak kereta yang di hantar untuk di jual di China, Jepun dan Korea Selatan yang menggunakan nombor VIN (Vehicle Identification Number) yang sama. 

 

Ini menjadi masalah besar kerana setiap kenderaan keluaran syarikat kereta harus mempunyai nombor VIN 17-angkanya tersendiri, yang tidak boleh di guna semula selama 30 tahun.

 

Nombor VIN di wujudkan bertujuan untuk membantu pemilik, syarikat insuran dan agensi kerajaan untuk mengesan sejarah pemilikan kenderaan dan status kesahan kenderaan tersebut dari sudut undang-undang. 

 

AudiVIN1

 

Jika benar, ini merupakan skandal kedua selepas skandal Dieselgate yang melibatkan syarikat Volkswagen (yang juga melibatkan jenama Audi).  

 

Penyiasat-penyiasat Jerman telah mendapatkan bukti dokumen-dokumen dari bahagian audit syarikat Audi di mana mereka mengesyaki bahawa ada cubaan untuk menyorok atau mengasingkan dokumen-dokumen sensitif tersebut. 

 

AudiRS7

 

Sehingga kini, tiada siapa tahu mengapa kereta-kereta tersebut menggunakan nombor VIN yang sama, tetapi menurut laman web Jalopnik, mereka mengesyaki ia mungkin di buat bagi memudahkan urusan import seperti cukai dan sebagainya.

 

Audi juga menafikan bahawa mereka terlibat kerana mereka menjawab “kami tidak tahu bahawa nombor-nombor VIN telah di keluarkan lebih dari satu.”

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Namum begitu menurut Oliver Blum, Ketua Eksekutif Porsche, diesel masih tetap menjadi penjana…
Uncategorized
Ia adalah satu kejutan kerana pesaingnya, BMW 5-Series dan Mercedes-Benz E-Class kesemuanya…
Berita Global
Kini, Audi mengesahkan mereka tidak akan menawarkan lagi transmisi manual untuk kenderaan yang…