Bantuan Automotif Keluarga Malaysia kepada mangsa banjir diperluas kepada bengkel tidak berdaftar

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kementerian Kewangan memaklumkan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia kepada mangsa banjir kini diperluaskan kepada bengkel tidak berdaftar.


Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan mengenainya boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini hingga 31 Mac depan menerusi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

 

Beliau berkata, permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran.

 

“Pemohon juga boleh dibuat di Pejabat Satelit (PS) LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

 

“Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

 

Katanya, sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

 

Tengku Zafrul berkata, senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan.

 

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan RM1,000 menerusi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

 

 

 

– UTUSAN

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak lebih kurang 50 kotak pakaian baharu dan terpakai, selimut, tuala, telekung dan sejadah,…
Informasi
  Menurut Nuarjan, syarikat kereta terpakai itu menghubunginya pada dua minggu lalu dan menyatakan…
Berita Domestik
Pada 7 Januari 2022, Kementerian Kewangan telah mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 bagi…