Bantu penunggang motosikal sesat - sikap pemandu Grab ini wajar dipuji!

oleh Mohamad Hanif|
Kisah berinspirasi ini dipetik daripada David Lau yang merupakan seorang ahli Waja Performance Club dan kini bekerja sebagai pemandu Grab.

Segalanya bermula apabila David selesai menghantar penumpang dan ingin terus menuju ke rumah setelah tiga jam memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Kira-kira jam 8 malam, lelaki ini singgah di Stesen Petronas berdekatan dengan Proton Centre of Excellence (CoE) Lebuhraya Kesas apabila beliau ternampak kelibat seorang pemuda melambai-lambai meminta pertolongan. 

Tergerak untuk membantu, David menurunkan tingkap keretanya dan bermulalah perbualan berikut:

Pemuda: Abang drebar Grab? 
David: Ya, kenapa? 
Pemuda: Abang boleh tolong saya?  Saya sesat jalan.  Saya tengah cari Bandar Saujana Putra.  Sudah lama saya cari tapi tak dapat.
David: Wow,  Bandar Saujana Putra? Jauh tu. (beliau menyangka ia jalan lapangan terbang Saujana Subang). 
Pemuda: Oh yeker? Abang boleh tolong saya?  Saya nak ke sana.  Sudah lama tak dapat cari.  Saya bayar abang nanti.

Ketika ini, David melihat air mata jatuh di pipi lelaki tersebut, dan seraya berkata, "Boleh, bro ikut belakang, saya tunjukkan jalan ke sana."

Pemuda itu tadi turut ingin memberikan Mykad-nya kepada David untuk menunjukkan tanda keikhlasannya untuk membayar 'perkhidmatan menunjuk arah', namun David menolak dengan baik.
 


Memulakan perjalanan, David memandu ke arah Bandar Saujana Putra dengan kelajuan sekitar 50 - 60 km per jam sahaja kerana bimbang pemuda bermotosikal itu hilang dari pandangan. 

Di pertengahan jalan, lampu isyarat merah menyala dan sementara menanti lampu hijau, David berbual dengan pemuda itu tadi.

David: Bro nak ke rumah kawan?
Pemuda: Tak, sebenarnya saya tinggal di Bandar Saujana Putra. Pagi tadi saya keluar ke bandar cari kawan ikut jalan lombong. Tetapi masa balik - mungkin saya terlepas jalan lombong nak balik, saya sesat tidak tahu mana Bandar Saujana Putra. Saya tak pernah guna jalan highway balik.  Saya keluar masuk melalui jalan lombong saja.  Saya sudah cari dari siang tadi,  dan minta tolong tapi semua orang tak nak tolong. 

Membayangkan dirinya di dalam keadaan pemuda tersebut, David sebak namun cekalkan hati untuk terus memandu ke arah destinasi. 

Setibanya di Bandar Saujana Putra, David segera meletakkan keretanya di bahu jalan selepas plaza tol dan bertanya adakah tempat ini yang dituju kepada pemuda tersebut. 
 


Dalam keadaan perasaan bercampur baur, lelaki itu menjawab, "Ya" sambil menahan sebak. 

Melihatkan kepada keadaan pemuda tersebut, David segera menenangkannya dan menolak dengan baik tawaran pemuda itu untuk memberikan sedikit ganjaran. 

"Tak apa tak apa.  Saya ikhlas nak bantu.  Jom kita selfie"

Kemudian, kedua-duanya bersalaman sebelum berpisah dan di bulatan, kelibat pemuda itu kemudian lenyap ditelan kegelapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, ketika polis tiba mayat mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta jenis…
Berita Domestik
Seorang pemandu Grab lelaki telah digantung sementara daripada memandu untuk siasatan lanjut…