Bank Muamalat, EON, myTukar perkenal skim pembiayaan berperingkat khusus untuk jenama Mitsubishi, Proton

oleh Mohamad Hanif|
Bank Muamalat Malaysia Berhad baru-baru ini melancarkan skim pembiayaan berperingkat (Muamalat Step-up Auto Financing-i) dengan kerjasama Edaran Otomobil Nasional (EON) dan myTukar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skim ini menawarkan pembiayaan kereta mampu milik dengan ansuran rendah untuk tiga tahun pertama bagi membantu meringankan beban aliran tunai pelanggan dalam memiliki kenderaan idaman mereka.

Malah, ia juga menawarkan penyelesaian pembiayaan kenderaan mampu milik kepada semua segmen pasaran, sama ada pelanggan muda untuk pembelian kereta pertama, mereka yang mahu menukar kereta atau ingin membeli kereta lain.

Menerusi kerjasama myTukar, pelanggan boleh menjual semula kenderaan tersebut pada penghujung tempoh tiga tahun pada harga yang dipersetujui pada awal pemilikan.

Dengan adanya skim pembiayaan ini, Bank Muamalat merupakan bank pertama yang memperkenalkan pakej pembiayaan kenderaan yang membolehkan pelanggan menikmati bayaran bulanan lebih rendah dan fleksibel dengan nilai belian balik yang terjamin.

Ini bermakna, ansuran bulanan di bawah Muamalat Step Up Auto Financing-i boleh mencapai sehingga 33 peratus lebih rendah berbanding pembiayaan konvensional, dengan tempoh pembiayaan sehingga lima, tujuh dan sembilan tahun.
 

Proton


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Muamalat Step Up Auto Financing-i ini adalah Pembiayaan Kenderaan Muamalat-i (MVF-i) di bawah konsep Syariah Murabahah.

“Ia berbeza dengan pelan pembiayaan kenderaan konvensional yang memerlukan pelanggan membayar ansuran bulanan yang sama sepanjang tempoh pembiayaan. Tawaran ansuran yang lebih rendah boleh membantu pelanggan mengurangkan beban aliran tunai mereka, dan boleh membuat simpanan serta mempunyai wang tunai berlebihan untuk pelaburan dan tujuan lain,” kata Khairul.

Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata pelancaran skim pembiayaan inovatif sebegini akan dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan lebih nilai dan penyelesaian bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

“Sebagai pengendali rangkaian Mitsubishi dan PROTON terbesar di seluruh negara, EON berupaya menawarkan pelbagai jenis kereta daripada dua jenama terkenal ini kepada pelanggan kami melalui semua cawangan EON. EON menawarkan dua model Mitsubishi dan enam model Proton untuk pilihan pelanggan menyertai skim ini,” kata Akkbar.
 

Mitsubishi


Ketua Pegawai Kewangan Carro, syarikat induk myTukar, Ernest Chew, berkata MyTukar berbesar hati untuk memulakan perkongsian pertama seumpama ini bersama EON dan Bank Muamalat.

"Kerjasama ini akan memainkan peranan utama dalam penglibatan DRB-HICOM dan Bank Mualamat dari setiap sudut, dan menyokong keseluruhan ekosistem naik taraf kereta baharu dengan mewujudkan saluran pemindahan kereta yang lancar dalam bentuk pembiayaan 'step-up', ” kata Chew.

“Untuk para pelanggan yang kurang berminat dengan pilihan beli-balik pada akhir tahun ketiga, mereka boleh datang ke myTukar pada bila-bila masa dan kami akan menawarkan harga pasaran yang lebih kompetitif. Ini merupakan langkah yang besar buat algoritma penentuan harga nilai baki kenderaan berdaya A.I kami - yang telah digunakan secara aktif untuk semua aktiviti pembiayaan,” tambah Chew.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata…
Berita Domestik
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membantu pengeluar komponen dan alat ganti automotif…
Berita Domestik
Seramai 1,500 peminat berbasikal dan rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar serta mementingkan…