Banjir, tanah runtuh di Sabah - Perkhidmatan enam kereta api tergendala

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook JKNS
Enam perjalanan Perkhidmatan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), hari ini (Selasa), dibatalkan selepas berlaku runtuhan tanah selain banjir di dua lokasi berasingan.

Antara yang dibatalkan adalah membabitkan empat perjalanan Beaufort-Halogilat dan dua perjalanan yang menghubungkan Tenom-Halogilat.

Menurut JKNS, pembatalan perkhidmatan kereta api Beaufort-Halogilat disebabkan oleh banjir di Kilometer (KM) 98.6.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, dua lagi perjalanan yang menghubungkan Tenom-Halogilat turut dibatalkan disebabkan kejadian tanah runtuh di KM 137/7.

"Semua perkhidmatan akan beroperasi semula sekiranya kawasan tanah runtuh dibersihkan selain keadaan air banjir mulai surut.

 

"Sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…
Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…