Banjir rosakkan Bugatti EB 110 SS yang pernah dimiliki Michael Schumacher

oleh Mohamad Hanif|
Banjir besar yang melanda barat Eropah minggu ini mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa serta kerosakan harta benda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu video Tik Tok yang dimuatnaik oleh Justin Kluck, banjir besar itu turut mengakibatkan kerosakan terhadap supercar rare yang pernah dimiliki oleh lagenda Formula One, Michael Schumacher.

Bugatti EB110 SS itu diparkir sekali dalam garaj yang turut memuatkan Ferrari 812 Superfast, Ferrari 575 Superamerica dan McLaren SLR 722, di mana casis bernombor 39020 itu merupakan satu-satunya EB110 SS yang mendapat kemasan dalaman mewah penuh daripada EB 110 GT.

 

@jstnklck

Einfach Millionen von Euros weg, ich weine mit dem Mann #fyp#viral#rich

♬ Originalton - Justin Kluck


Juara F1 tujuh kali itu pernah memiliki supercar EB 110 SS itu sehingga tahun 2010 dengan jarak perbatuan sekitar 4,626 km.

Ia dikuasakan oleh enjin V12 3.5 liter kuad-turbo yang telah ditala supaya menghasilkan 603 kuasa kuda dan 649 Nm @ 4,200 rpm, dengan pecutan 0-96 km/j  dalam masa 3.14 saat dan kelajuan tertinggi 355 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Majalah tersebut, Die Aktuelle edisi 15 April 2023 memaparkan tajuk "Wawancara Pertama" dengan…
Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…
Informasi
“Kereta luar biasa ini mencatat rekod dunia untuk harga jentera F1 era moden,” kata jurulelong…